Mana perginya moral manusia?

June 20, 2017



Assalamualaikum w.b.t

dua tiga hari negara kita dah pun digemparkan dengan berita kematian remaja yang melibatkan kes buli dan penderaan fizikal yang memang betul kejam dan tak berperikemanusiaan. aku jugak salah seroang netizen yang tak terlepas daripada mengutuk perbuatan terkutuk tertuduh. Alhamdulillah mereka yang bersalah berjaya diberkas dan dibicarakan. Tapi kenapa perkara macam tu masih lagi boleh terjadi sedangkan kita dah berada di tahun 2017?

ewah macam intro karangan pulak intro entry aku kalini. okay kita santai-santai je sebab aku pun taknaklah serious sepanjang masa. perkara macam ni sebenarnya common sense je. semua orang tahu. semua orang boleh elakkan. tapi disebabkan bende ni basic lah makin ramai yang ambil ringan terhadap perkara macam ni. aku tak nak salah kan mak bapak yang membesarkan. tapi aku terpaksa salahkan. sbb mmg pembelajaran mcm ni bermula daripada rumah. ya, semua dah yang buat yang terbaik. segala bentuk dan jenis didikan dan dicurahkan sekali dengan kasih sayang. tapi ada juga silapnya di mana mereka sendiri tak tahu kat mana?

tapi aku percaya mana mana ibu bapa yang dah berikan yang terbaik akan salahkan diri mereka juga bila anaknya tak berperangai seperti yang mereka harapkan. tak membesar seperti yang mereka impikan. kes yang jadi terbaru ni bukannya berlaku dalam sekolah rendah mahupun menengah. universiti! mereka dah pun menjadi lulusan pelajar sekolah menengah. masing masing dah punya akal. ada yang umur mereka dah boleh galas tanggungjawab sebagai seorang suami! kenapa masih ada yang berperangai seolah tak pernah di ajar punyai moral dalam diri? punyai sifat simpati dalam diri? punyai akal untuk berfikir dengan lebih waras? dan kenapa kepuasan menyakiti seseorang itu mesti wujud dalam seseorang? kenapa?

dekat mana silapnya pendidikan sebenar yang ibu bapa dah beri? tepuk dada tanya diri sendiri. kalau betul kita boleh berfikir dengan waras. letak diri dalam situasi mereka yang tak berdosa itu sebelum melakukan apa-apa. fikir akibat sebelum bertindak.

buat mereka yang menggunakan alasan punyai masalah keluarga. punyai masa silam yang tak boleh dimaafkan. fikir. awak dah besar. awak dah matang. awak dah dewasa. ye mungkin ada orang yang tak faham situasi awak. tapi ada awak nak faham situasi orang lain? awak tahu sakit yang awak alami tu macam mana kenapa awak nak orang lain rasa apa yang awak rasa? apa salah yang diorng buat? sbb dorg bahagia tapi awak tak? bahagia boleh dicari. tapi nyawa orang, waras seseorang bukan bende yang mudah awak nak kembalikan.

Kembali Beraksi ?

May 27, 2017



Assalamualaikum w.b.t

kembali beraksi? apakah itu? hahahaha takde apalah aku kembali dengan cerita pendek terbaru je. eh ehehe terpanggil pulak tetiba rasa nak menulis balik ni. 

aku dapat idea nak tulis cerita pendek ni masa aku dengar lagu yang tenang daripada anime-anime punya koleksi kat youtube. tak cari pun keluar sendiri kat recommended. entah cemana dapat idea ni pun aku sendiri tak tahu. mungkin dah lama ko ngidam nak tulis cerita macam ni. lol. takpelah korang lah judge sendiri. tajuk cerita pendek tu tak official pun aku tak tahu nak letak tajuk apa, aku harap kalau korang korang korang yang baca ni pastu terlintas kat otak nak letak apa sebagai tajuk cerita pendek aku ni tolonglah ye komen. tak dapat apa pun kalau tajuk korang tu dipilih. dapat kasih sayang aku je. dan aku yakin lepas korang baca tu mesti korang malas nak suggest pape. hahaha kk selamat membaca! ciao 

Rindu >

enBaeha since 2010. Powered by Blogger.