Realiti

October 25, 2013

kadang kau terleka
kau terleka dengan dunia
kau terleka dengan masalah
sampai kau tak sedar

kau taknak amik peduli dengan semua orang
kau fikir semua benci kau
kau fikir semua mendatangkan masalah buat kau
sampai kau tak sedar

ada orang berdiri di belakang kau sepanjang masa

orang yang selalu ambil berat pasal kau
orang yang selalu nasihat kau
orang selalu ada tika kau jatuh
tapi kau tetap tak sedar

aku penat.
aku penat berdiri belakang kau
aku penat jadi bayang-bayang
aku penat dengan semua ni

berhentilah bermimpi
bangun !
realiti ada depan mata

bjoe.




Pergi

October 20, 2013

kau tak layan dia
kau buat bodoh pasal dia
kau buat endah tentang dia
kau lari daripada dia
sekarang dia pergi

kau maki dia
kau marah dia
kau herdik dia
sedangkan bukan salah dia
kau halau dia
dia tetap bertahan
tapi
sekarang dia pergi dengan rela hati

kau menyesal
kau nak dia balik
kau nak dia kembali
tapi dia dah pergi

kau menangis
kau meraung
keluar air mata darah sekalipun
dia takkan kembali
sebab dia dah pergi

dia dah pergi tinggalkan kau
tinggalkan dunia

xoxo,
bie

Murung

October 11, 2013

kau tak sedar.
Terkadang kau terlampau leka dengan perasaan
kau jadi Murung

kau terlampau leka dengan jiwa
kau jadi Murung

kau biarkan hati kau disakiti,
kau biarkan jiwa kau jadi kosong
kau biarkan diri kau jadi sunyi
kau biarkan segalanya pergi
kau Murung.

Hati !
tolong lah, tolong bangun dari mimpi
tolong bantu aku dia bangkit
tolong bantu aku dia jadi macam dulu

maafkan aku kerana biarkan hati terlalu menguasai kau
maafkan aku kerana biarkan kau leka dengan perasaan
maafkan aku kerana tak memaksa kau guna aku
kini kau Murung sebab aku..

semua salah kau Hati !
kau biarkan dia hanyut dengan permainan kau !
kau biarkan dia leka !
kau penyebab dia murung !

tolong biarkan dia kembali seperti dulu

-otak-

enBaeha since 2010. Powered by Blogger.