Mana perginya moral manusia?

June 20, 2017



Assalamualaikum w.b.t

dua tiga hari negara kita dah pun digemparkan dengan berita kematian remaja yang melibatkan kes buli dan penderaan fizikal yang memang betul kejam dan tak berperikemanusiaan. aku jugak salah seroang netizen yang tak terlepas daripada mengutuk perbuatan terkutuk tertuduh. Alhamdulillah mereka yang bersalah berjaya diberkas dan dibicarakan. Tapi kenapa perkara macam tu masih lagi boleh terjadi sedangkan kita dah berada di tahun 2017?

ewah macam intro karangan pulak intro entry aku kalini. okay kita santai-santai je sebab aku pun taknaklah serious sepanjang masa. perkara macam ni sebenarnya common sense je. semua orang tahu. semua orang boleh elakkan. tapi disebabkan bende ni basic lah makin ramai yang ambil ringan terhadap perkara macam ni. aku tak nak salah kan mak bapak yang membesarkan. tapi aku terpaksa salahkan. sbb mmg pembelajaran mcm ni bermula daripada rumah. ya, semua dah yang buat yang terbaik. segala bentuk dan jenis didikan dan dicurahkan sekali dengan kasih sayang. tapi ada juga silapnya di mana mereka sendiri tak tahu kat mana?

tapi aku percaya mana mana ibu bapa yang dah berikan yang terbaik akan salahkan diri mereka juga bila anaknya tak berperangai seperti yang mereka harapkan. tak membesar seperti yang mereka impikan. kes yang jadi terbaru ni bukannya berlaku dalam sekolah rendah mahupun menengah. universiti! mereka dah pun menjadi lulusan pelajar sekolah menengah. masing masing dah punya akal. ada yang umur mereka dah boleh galas tanggungjawab sebagai seorang suami! kenapa masih ada yang berperangai seolah tak pernah di ajar punyai moral dalam diri? punyai sifat simpati dalam diri? punyai akal untuk berfikir dengan lebih waras? dan kenapa kepuasan menyakiti seseorang itu mesti wujud dalam seseorang? kenapa?

dekat mana silapnya pendidikan sebenar yang ibu bapa dah beri? tepuk dada tanya diri sendiri. kalau betul kita boleh berfikir dengan waras. letak diri dalam situasi mereka yang tak berdosa itu sebelum melakukan apa-apa. fikir akibat sebelum bertindak.

buat mereka yang menggunakan alasan punyai masalah keluarga. punyai masa silam yang tak boleh dimaafkan. fikir. awak dah besar. awak dah matang. awak dah dewasa. ye mungkin ada orang yang tak faham situasi awak. tapi ada awak nak faham situasi orang lain? awak tahu sakit yang awak alami tu macam mana kenapa awak nak orang lain rasa apa yang awak rasa? apa salah yang diorng buat? sbb dorg bahagia tapi awak tak? bahagia boleh dicari. tapi nyawa orang, waras seseorang bukan bende yang mudah awak nak kembalikan.

Kembali Beraksi ?

May 27, 2017



Assalamualaikum w.b.t

kembali beraksi? apakah itu? hahahaha takde apalah aku kembali dengan cerita pendek terbaru je. eh ehehe terpanggil pulak tetiba rasa nak menulis balik ni. 

aku dapat idea nak tulis cerita pendek ni masa aku dengar lagu yang tenang daripada anime-anime punya koleksi kat youtube. tak cari pun keluar sendiri kat recommended. entah cemana dapat idea ni pun aku sendiri tak tahu. mungkin dah lama ko ngidam nak tulis cerita macam ni. lol. takpelah korang lah judge sendiri. tajuk cerita pendek tu tak official pun aku tak tahu nak letak tajuk apa, aku harap kalau korang korang korang yang baca ni pastu terlintas kat otak nak letak apa sebagai tajuk cerita pendek aku ni tolonglah ye komen. tak dapat apa pun kalau tajuk korang tu dipilih. dapat kasih sayang aku je. dan aku yakin lepas korang baca tu mesti korang malas nak suggest pape. hahaha kk selamat membaca! ciao 

Rindu >

what i want?

May 26, 2017



Assalamualaikum w.b.t

okay cam biasa aku selalu dapat ilham nak menaip kat blog ni lepas aku membaca. membaca apa? yes buku yang sama yang aku tak tahu bila nak habis sebab dalam tu entah ada berapa banyak cerpen pun aku tak tahu. padahal ketebalan buku tu sama je dengan novel novel yang aku boleh habiskan dalam masa sehari. tapi entah mungkin sbb dalam tu banyak sangat cerita dan aku tak boleh nak hadamkan semuanya dalam masa yang singkat aku amik masa yang lama untuk habiskan buku tu. 

aku sebenarnya suka menulis. mengkarya. tapi entah bila idea tu ada aku jadi buntu macam mana nak jadikan idea tu sebuah cerita. baca novel orang rasa macam senang je ayat yang dia guna untuk mengarang. tapi bila time aku dapat menaip terus jadi blank so end up aku berhenti sekerat jalan macam cerita penyesalan tu. ops. jeng jeng terbongkar rahsia kenapa aku berhenti menulis sebenarnya. tapi pasal dia kahwin dah tu pun bende betul ok. terus jadi mcm takde mood nak sambung menulis.

so, sekarang ni aku pun tak tahu apa pekdahnya aku menaip dalam blog ni. mungkin saja nak mengisi masa luang atau aku yang tetiba rasa nak menaip. dan mungkin juga aku baru je habiskan satu lagi tajuk cerpen dalam buku tu sampai aku penat dah nak membaca. bukanlah penat sampai taknak membaca lansung. tapi penat nak teruskan tajuk seterusnya. lol baru aku tahu rasanya baca fiksyen tanpa henti ni. patutlah kenkadang aku cuba cari genre baru dalam pembacaan aku. contohnya; bukan fiksyen. more to motivasi. sorilah sis ni sejak sejak baca terfaktab ni dah mula suka baca buku buku motivasi ni, tak sangka pulak cara penulisan dorang kena dengan aku selama ni. cerita fiksyen yang aku pilih untuk koleksi aku pun bukan calang calang gaya penulisan. aku lebih suka baca novel yang tak terlampau skema nak yang simple simple je.

heh. kata orang buku buku macam ni merosakkan bahasa je, tapi tak pun bagi aku. aku start baca buku buku genre gini masa form 3. taknaklah riak tapi pmr dgn spm aku rilek je markah BM cemerlang. bukan salah buku sebenarnya, salah diri sendiri yang jenis terbawak bawak dgn apa yang kita baca. kalau ko belajar leklok kat sekolah confirm ok punya lah markah korang dalam Bahasa Malaysia tu. ok lah tu je nak membebel. kang melalut pulak. adios!




tak mental, tapi-

May 05, 2017



Assalamualaikum w.b.t

sebelum mula apa apa aku rasa intro kat post aku ni dah jadi macam wajib. ingtkan nak mulakan story dengan cara lain tapi jadi macam tak sedap lah pulak sbb dah biasa. ha ko nampak sebab tu lah kenkadang apa yang aku dah fikri nak taip jadi lain bila dah start menaip sbb kenkadang random idea come without notice. okay enough intro. haha-

so sebenarnya tadi aku baca novel hahaha. Pakar by Nadia Khan you guys should buy this book la wey seriously. tapi agak mainstream gak ahhh buku dia yang ni. so kalau korang cam nak jinakkan diri dulu dengan cara penulisan dia aku sarankan korang pi baca kelabu dulu sebab buku tu agak light untuk korang hadam.

baca sinopsis kat belakang buku, menarik! sebab simple. ada dua watak pakar dalam novel tu. pakar jodoh dengan pakai psikologi. peh memang pandai gila penulis ni susun cerita dalam buku dia. memula dia bagi story yg agak light dan fun but still aku tak puas hati sbb mcm tergantung. ttiba masuk cerita kedua amekawww dia bagi kaw kaw punya untuk kau hadam.

meraung gak ler aku baca dua tiga kali bergolek atas katil sbb nak hadam bebetul cite kedua ni. pasal psikologi kot. tajuk berat sebab melibatkan mental manusia. sentuh pasal psikologi ni aku cam nak tabik plus kagum gilerr ah dekat manusia manusia yang ada kelulusan setinggi PhD untuk subjek gila babi hardcore dia. ko ingat senang nak study pasal manusia bila diri sendiri ko takleh nak handle. hm paling tabik gila kat doktor psikik or maybe just a counselor. peh tu lagi hardcore punya keje. aku rasa yang hati kering je weh boleh buat job ni.

kalau setakat ko kaunseling kat skolah handle dak skolah maybe challenging dia dengan perangai budak budak yang kau rasa remeh lah kan. tapi dibuatnya klien or pesakit kau ni umur umur kau je atau mungkin lagi tua, cemana? mmg gila ah kalau aku dibuatnya, sebab tu kot aku punya study ni pun ala kadar smpi tak layak nak amik kos ni kat universiti. serius beb kalau aku pandai mmg tulah cita cita aku nak jadi kaunselor atau lagi mainstream psikik.

oh tu jelah nak sembang sbb aku rasa cam nak letop pale otak kalau hadam sensorg buku ni. saje nak luah macam lah ada orang baca. hehe ok adios!



membebel

May 05, 2017



Assalamualaikum w.b.t

so hai ya nabiha kembali nak membebel lagi harini cam biasa. dan cam biasa gak aku ni lepas dah baca satu buku tu ada lah idea dia nak menulis. benci gila buku buku genre macam ni ayat dorg yang sahaja gila tu buat aku jadi nak tiru cara dorang menulis. cara okay bukan idea dorg. so buku apa yang aku baca biarlah rahsia.

nak dijadikan cite aku ni kalau dah baca something yang 'berilmu' ni jadi rasa mcm nak kongsi. dia jadi macam ada topik ko nak nyembang. tapi aku ni siapajelah yang ada nak dengor aku nyembang bende yang entah, remeh (?) so blog ni jelah tempat aku mengadu.

sebenarnya kan masa aku baca buku 'tu' buku dimana dia terbitkan guna info info dari blog dia juga. means dia ni blogger yang dikenali ramai la. aku jadi macam... hm teringin gak nak rasa jadi blogger dikenali ni lol walaupun amende yang aku nyembang dalam ni macam tak penting. tapi yelah zaman sekarang mana ada lagi dah orang asyik bukak blog orang lain nak amik tahu perkembangan seseorang tu kalau twitter, fb, whatsapp dan macam macam lagi lah socmed yang boleh korang berhubung sendiri. dulu kan aku anggap blog ni tempat kau update hari hari apa yang jadi. kira macam journal harian la. tapi aku pun update bukannya harian sbb hari hari aku macam takde cerita yang boleh dikongsi.

bila aku blog aku en pastu nampak ada request komen masuk en ko tau tak dia macam happy gila ada orang respon post kau dengan komen yang some membina some macam nak kongsi cerita macam-macam lah, tapi serious aku macam happy gila dapat komen dari sesiapa jelah lol, sebab rasa diri ini masih ada lagi yang nak berkawan melalui blog. aku tak harapkan apa pun cuma tulah rasa cam best bila ko sembang sensorg kat blog rupanya ada yang membaca dan respon laik sebenarnya aku ni takdelah syok sendiri. tapi ada je kan yang baca tapi malas nak komen issokay aku still happy ada jugak yang sudi melawat walaupun dia cuma baca perenggan pertama sebab dah bosan.

still ada yang tengah baca ke ayat ni? hahaha terima kasih lah ye engkorang sebab sudi baca aku punya bebelan kalini. adios.

kerana satu janji

Review novel : Kerana Satu Janji by Ameera Ameer

April 17, 2017



Assalamualaikum w.b.t

ni mesti pelik tahap apa kan aku tak pernah pernah nak buat review novel ttiba nak buat jugak. aku baru baca novel ni pagi tadi and baru habis tadi jugak (nampaknya perangai lama dah kembali). novel ni akak aku beli masa pesta buku dulu kot masa buku ni baru terbit which is 2014. tapi yelah time tu aku masih gila dengan novel bertemakan indie. so macam novel cinta cinta ni takleh nak hadam susun atur ayat dia sebab skema gila. hahahaha siapa yang layan novel indie paham lah maksud aku. so disebabkan sejak sejak aku masuk u ni dah mmg aku abaikan apa sahaja bentuk novel kecuali baca fanfic ke apa karya pendek kt wattpad tu.

nak dijadikan cerita tadi aku macam bosan so belek belek lah rak buku and tertarik nak baca buku ni, baca sinopsis mcm menarik so on!. guess what. yes everything is perfect lah weh aku tak tipu. dulu aku selalu cakap novel 7hari mencintaiku tu my fav novel ever smpi takut bila dpt tahu novel tu nak diadaptasikan. takut tak sama dengan karya. tapi novel ni dah mengungguli carta hati gua lah beb. sampai tahap aku harap novel ni tak menjadi tumpuan ramai, tapi takut gak ah lepas korang baca entry aku ni korang pi cari novel ni hehe. tapi serius beb aku rekomen gegila novel ni. harap org produksi tak amik novel ni untuk buat drama ke apa aku tak izinkan sebagai peminat!

apa yang aku suka novel ni dia punya tajuk mmg kena dengan jalan cerita. word JANJI sampai kau habis baca lah sampai lah tu tema janji tu tak lekang daripada cerita. lepastu jalan cerita dia pun smooth gila aku nangis banyak kali gak ler. then watak watak dia. dulu aku gila kat Khuzairi now Ilham is my fav hero ever. kahkahkah. Ilham ni bukan calang calang hero novel beb, penulis berjaya buat aku jatuh cinta dengan watak dia yang lemah lembut, baik tapi sinis gila babi but on the same time ada makna dalam sinis dia. SWEET DIA PALING TAKLEH LAWAN AH SORRY KHUZAIRI.

lepastu kan buku pasal janji je banyak. then from apa yang aku tahulah memungkiri janji ni pun salah satu ciri ciri orang yang dibenci Allah bukan. and unexpectedly penulis ni mcm tetahu je aku punya persoalan. at the end of the novel dia selitkan penjelasan tentang janji yang boleh dibatalkan dan mmg penuh lah penjelasan dia. ini bermaksud novel ni tak kosong. paham kan maksud aku. yes tak kosong. aku rasa macam kecik gila diri ini bila nak menulis sesuatu karya ni bukan je kita boleh pakai tulis tanpa ilmu. kiranyan penulis ni bukan saje saje buat cerita tanpa buat research. kau bayangkan kalau dia tak bagi penjelasan pasal janji janji ni semua mesti aku mcm jahil gila dan persoalkan kenapa dia buat cerita mcm ni walaupun ada scene dalam novel tu bila mana Ilham cakap kat Hannah janji mereka dengan Allah lebih suci berbanding janji mereka dengan orang lain (gedik kan nak paham dengan cara tu je) so aku bagi 10/10 penjelasan tentang janji tu /cries/

SATU LAGI ENDING DIA UNEXPECTED BEAUTIFUL OKAY. AKU NANGIS GEGILA HABIS BACA ENDING. HA AKU NAK CERITA TAPI NANTI SPOIL KAT ORANG YANG TAK BACA LAGI. SO KORANG YANG GILA BACA NOVEL PLEASE PERGI KAT KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA DAN DAPATKAN NOVEL NI. KALAU TAKDE JANGAN SALAHKAN AKU HUWAAA.


Life

April 12, 2017




Assalamualaikum w.b.t

hi! i'm back. dah sebulan dah tak menaip macam ni. selama ni asyik taip assignment je hhahaha nampak tak baru je sem1 dah bosan dgn assignment. tak tahulah nak cakap bila masuk u ni aku banyak belajar ke tak. sebab entahlah, tapi aku perasa jugak yang aku ada lah dah banyak berubah daripada dulu. means my perangai, attitude and how im interact with people. lol.

pasal cinta. idk. tapi aku rasa kalau kes cinta cinta ni perangai aku dari dulu tk berubah. kalau dah aim sorg ni. kau letak lah dia tgh buat taik depan aku pun aku ttp pilih dia. unless.... bende tu tak boleh dimaafkan. AISH ENTAHLAH aku tak nak pun nak suka sesiapa but i do feel bad if he feel bad. i do feel happy if he is happy. and i do 'like' him. sebenarnyakan apa yang aku sedar bila suka orang ni kan, aku sedar yang tak mudah kita nak buang perasaan ni jauh jauh walaupun banyak dah cara kau buat. tapi masalahnya! apa yang aku nak buat semua tak menjadi. lagi aku nak jauh lagi dekat dia datang. lagi aku taknak lagi nak jadinya. lagi aku nak benci makin suka pulak. ey tolonglah sedar diri nabiha! dia bukan untuk kau!!

ha nampak kan dah melalut. aku pun tk tahu apa yang aku cuba nak sampaikan. ttiba rasa macam nak luah semua bende tapi tulah, blog ni dah jadi macam umum dah, kan tak memasal jadi lain. maksud umum tu kalau orang search nama aku kat internet mmg keluar mende alah ni dulu lol. so orang akan tahu ni lah blog aku her. so nak cite banyak pun takleh sbb pernah jadi. hahahaha jadi apa? biarlah rahsia.

oh ya ahad ni dah last paper. lepastu aku cuti 5 bulan. lima bulan beb apa lah yang aku nak buat. yang pasti mak dah paksa aku kerja la apa lagi. tapi nak kerja apa T_T okay tu jelah aku nak bagitahu. adios! kalau ada massa aku sembang lagi walaupun takde orang yang baca heuheuheu.

blogger dah add new template lol ke aku je yang baru tahu. so aku try la one of them. quite nice la gak. apa korang rasa?

one week moreee

March 07, 2017




Assalamualaikum w.b.t

hehe rini takde apa pun nak sembang saja update blog walaupun takda yang membaca ;_; ekceli harini patutnya ada kelas baking kul 8 smpi 11 tp disebabkan chef masih tak sihat dan kelas masih batal. yea aku rasa mcm dah selamanya tak masuk kelas ni lol. padahal tinggal seminggu je lagi before study week.

entah nape en lately en aku makin lemah jiwa dan terasa dengan segala bende tapi aku persetankan bekos aku dah masuk u ? entah ah en ye ah tah la malas nak sembang since aku rasa ramai dah mengalami bende bende macam ni. yknow bende bende bodoh ni yang kau sendiri takleh handle tp acah kuat untuk handle. perhhhh ayat berputar belit.

 dah lah tu jelah kot. aku dah bosan kbye


im doomed

February 14, 2017




Assalamualaikum w.b.t

hi people im back after a while. lol no. after a month to be exact. hm sebenaqnya title tu takdela ada kena mengena dgn apa yang aku nak update ni pun sebab perkataan "im doomed" tu dah jadi macam trademark kat sini dah everytime lect cakap "okay nnti test, okay presentation, okay assignmnet" then we will be like "omg i didnt done anything yet. im doomeeed" yea like that. so actually aku update ni sebab sesaja je taknak bagi blog ni krik krik sangat padahal mmg takde yang menjenguk pun biasalah blog yg asyik update pasal life dia je takde apa yang menarik pun siapa nak jenguk kan. idk tp mmg itupun tujuan aku nak buat blog why bother to care what people think abt my blog right? so whatever.

aku pun taktauler kejap tulis bm kejap tulis englih. pepandai korang ler hadap dgn entry cenggini sebab aku in real life pun cakap dua bahasa ni berbelit smpi aku pun pelik aku ni nk ckp bm ke nak ckp english kan ha ha as long as people around me didnt complain abt it so im assume they were okay abt it.

oh ya aku ada sebulan je lagi masa kt uitm ni. pastu study week. pastu final. then cuti sem smpiiiiiiiiiiiiiiiii bulan 9. which is sampai sekarang aku masih tak puas hati nape deme buat cenggitu. tak adil tau buat kami part 1 yang masuk dec-apr16/17 ni. bekos kami part 2 sept-jan17 sama dengan part 1 yang masuk jun-oct17. siapa tak paham boleh baca banyak kali. kira depe je la kat u nnti bila masuk bulan 6 tu haih apalah nasib takde pembelaan macam ni. udahlah kampus kecik......... nak pulak dia buat sama dengan degree. mmg pack la jadual sbb kelas tak cukup. walaweh

okay tu je nak membebel. adios



week 1 - 8

January 27, 2017




Assalamualaikum w.b.t

yappp i am back with new entry and after sooooo long hiatus. just want you guys to know that already week 8 on my studies. okay shusss with english talking because im still not used to it.

so macam korang tahu (lel why im thinking that all my reader already in universities) (lel why again i think that i have a reader) (ok whatever) kalau minggu 8 ni busy dia macam mana kan. ok tk busy pun ahahahaha since minggu 9 ni ktorng cuti so balik cuti which is already week 10 !!!!!!!!!!!!! yap. yap yap assignment, presentation, test, quiz and everything yap yap yap on that week. tp ada je subject yg dah submit assignment lol aku harap every sem gonna be like this sem but lol nah i know it will not. and yg aku rasa assignment yg paling susah setakat ni for this sem is ht... (lol not gonna give full name because u h u h no) sebab kena buat slide la, report la, video la in one! ok. markah dia 20% uhu quite high right yeah people dah ler test dia pun mcm haraaaaaaaaaaae.

actually time aku menaip ni dah start cuti dah pun and all of my housemate except Lia ( my soulmate ) dah balik. reason why aku dan lia masih terperuk kat sini. yeah papeje no need to know lol. takpe esok balik laaaaaaaaaaaah! i cant wait to meet everyone in KL because it is already been a month since i go back home..... ya and i miss everyone. and another reason that i wanna go back because everyone here (expect my faves) are bullshit and faker. i hate their dramas. i feel like im at high school again not university. lol what am i expect from people at ipta (double lol)

i used words lol/lel since i met lia more than after i played mystic messenger. lol (again?!)


enBaeha since 2010. Powered by Blogger.