kerana satu janji

Review novel : Kerana Satu Janji by Ameera Ameer

April 17, 2017



Assalamualaikum w.b.t

ni mesti pelik tahap apa kan aku tak pernah pernah nak buat review novel ttiba nak buat jugak. aku baru baca novel ni pagi tadi and baru habis tadi jugak (nampaknya perangai lama dah kembali). novel ni akak aku beli masa pesta buku dulu kot masa buku ni baru terbit which is 2014. tapi yelah time tu aku masih gila dengan novel bertemakan indie. so macam novel cinta cinta ni takleh nak hadam susun atur ayat dia sebab skema gila. hahahaha siapa yang layan novel indie paham lah maksud aku. so disebabkan sejak sejak aku masuk u ni dah mmg aku abaikan apa sahaja bentuk novel kecuali baca fanfic ke apa karya pendek kt wattpad tu.

nak dijadikan cerita tadi aku macam bosan so belek belek lah rak buku and tertarik nak baca buku ni, baca sinopsis mcm menarik so on!. guess what. yes everything is perfect lah weh aku tak tipu. dulu aku selalu cakap novel 7hari mencintaiku tu my fav novel ever smpi takut bila dpt tahu novel tu nak diadaptasikan. takut tak sama dengan karya. tapi novel ni dah mengungguli carta hati gua lah beb. sampai tahap aku harap novel ni tak menjadi tumpuan ramai, tapi takut gak ah lepas korang baca entry aku ni korang pi cari novel ni hehe. tapi serius beb aku rekomen gegila novel ni. harap org produksi tak amik novel ni untuk buat drama ke apa aku tak izinkan sebagai peminat!

apa yang aku suka novel ni dia punya tajuk mmg kena dengan jalan cerita. word JANJI sampai kau habis baca lah sampai lah tu tema janji tu tak lekang daripada cerita. lepastu jalan cerita dia pun smooth gila aku nangis banyak kali gak ler. then watak watak dia. dulu aku gila kat Khuzairi now Ilham is my fav hero ever. kahkahkah. Ilham ni bukan calang calang hero novel beb, penulis berjaya buat aku jatuh cinta dengan watak dia yang lemah lembut, baik tapi sinis gila babi but on the same time ada makna dalam sinis dia. SWEET DIA PALING TAKLEH LAWAN AH SORRY KHUZAIRI.

lepastu kan buku pasal janji je banyak. then from apa yang aku tahulah memungkiri janji ni pun salah satu ciri ciri orang yang dibenci Allah bukan. and unexpectedly penulis ni mcm tetahu je aku punya persoalan. at the end of the novel dia selitkan penjelasan tentang janji yang boleh dibatalkan dan mmg penuh lah penjelasan dia. ini bermaksud novel ni tak kosong. paham kan maksud aku. yes tak kosong. aku rasa macam kecik gila diri ini bila nak menulis sesuatu karya ni bukan je kita boleh pakai tulis tanpa ilmu. kiranyan penulis ni bukan saje saje buat cerita tanpa buat research. kau bayangkan kalau dia tak bagi penjelasan pasal janji janji ni semua mesti aku mcm jahil gila dan persoalkan kenapa dia buat cerita mcm ni walaupun ada scene dalam novel tu bila mana Ilham cakap kat Hannah janji mereka dengan Allah lebih suci berbanding janji mereka dengan orang lain (gedik kan nak paham dengan cara tu je) so aku bagi 10/10 penjelasan tentang janji tu /cries/

SATU LAGI ENDING DIA UNEXPECTED BEAUTIFUL OKAY. AKU NANGIS GEGILA HABIS BACA ENDING. HA AKU NAK CERITA TAPI NANTI SPOIL KAT ORANG YANG TAK BACA LAGI. SO KORANG YANG GILA BACA NOVEL PLEASE PERGI KAT KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA DAN DAPATKAN NOVEL NI. KALAU TAKDE JANGAN SALAHKAN AKU HUWAAA.


Life

April 12, 2017




Assalamualaikum w.b.t

hi! i'm back. dah sebulan dah tak menaip macam ni. selama ni asyik taip assignment je hhahaha nampak tak baru je sem1 dah bosan dgn assignment. tak tahulah nak cakap bila masuk u ni aku banyak belajar ke tak. sebab entahlah, tapi aku perasa jugak yang aku ada lah dah banyak berubah daripada dulu. means my perangai, attitude and how im interact with people. lol.

pasal cinta. idk. tapi aku rasa kalau kes cinta cinta ni perangai aku dari dulu tk berubah. kalau dah aim sorg ni. kau letak lah dia tgh buat taik depan aku pun aku ttp pilih dia. unless.... bende tu tak boleh dimaafkan. AISH ENTAHLAH aku tak nak pun nak suka sesiapa but i do feel bad if he feel bad. i do feel happy if he is happy. and i do 'like' him. sebenarnyakan apa yang aku sedar bila suka orang ni kan, aku sedar yang tak mudah kita nak buang perasaan ni jauh jauh walaupun banyak dah cara kau buat. tapi masalahnya! apa yang aku nak buat semua tak menjadi. lagi aku nak jauh lagi dekat dia datang. lagi aku taknak lagi nak jadinya. lagi aku nak benci makin suka pulak. ey tolonglah sedar diri nabiha! dia bukan untuk kau!!

ha nampak kan dah melalut. aku pun tk tahu apa yang aku cuba nak sampaikan. ttiba rasa macam nak luah semua bende tapi tulah, blog ni dah jadi macam umum dah, kan tak memasal jadi lain. maksud umum tu kalau orang search nama aku kat internet mmg keluar mende alah ni dulu lol. so orang akan tahu ni lah blog aku her. so nak cite banyak pun takleh sbb pernah jadi. hahahaha jadi apa? biarlah rahsia.

oh ya ahad ni dah last paper. lepastu aku cuti 5 bulan. lima bulan beb apa lah yang aku nak buat. yang pasti mak dah paksa aku kerja la apa lagi. tapi nak kerja apa T_T okay tu jelah aku nak bagitahu. adios! kalau ada massa aku sembang lagi walaupun takde orang yang baca heuheuheu.

blogger dah add new template lol ke aku je yang baru tahu. so aku try la one of them. quite nice la gak. apa korang rasa?

enBaeha since 2010. Powered by Blogger.