Kembali Beraksi ?

May 27, 2017



Assalamualaikum w.b.t

kembali beraksi? apakah itu? hahahaha takde apalah aku kembali dengan cerita pendek terbaru je. eh ehehe terpanggil pulak tetiba rasa nak menulis balik ni. 

aku dapat idea nak tulis cerita pendek ni masa aku dengar lagu yang tenang daripada anime-anime punya koleksi kat youtube. tak cari pun keluar sendiri kat recommended. entah cemana dapat idea ni pun aku sendiri tak tahu. mungkin dah lama ko ngidam nak tulis cerita macam ni. lol. takpelah korang lah judge sendiri. tajuk cerita pendek tu tak official pun aku tak tahu nak letak tajuk apa, aku harap kalau korang korang korang yang baca ni pastu terlintas kat otak nak letak apa sebagai tajuk cerita pendek aku ni tolonglah ye komen. tak dapat apa pun kalau tajuk korang tu dipilih. dapat kasih sayang aku je. dan aku yakin lepas korang baca tu mesti korang malas nak suggest pape. hahaha kk selamat membaca! ciao 

Rindu >

what i want?

May 26, 2017



Assalamualaikum w.b.t

okay cam biasa aku selalu dapat ilham nak menaip kat blog ni lepas aku membaca. membaca apa? yes buku yang sama yang aku tak tahu bila nak habis sebab dalam tu entah ada berapa banyak cerpen pun aku tak tahu. padahal ketebalan buku tu sama je dengan novel novel yang aku boleh habiskan dalam masa sehari. tapi entah mungkin sbb dalam tu banyak sangat cerita dan aku tak boleh nak hadamkan semuanya dalam masa yang singkat aku amik masa yang lama untuk habiskan buku tu. 

aku sebenarnya suka menulis. mengkarya. tapi entah bila idea tu ada aku jadi buntu macam mana nak jadikan idea tu sebuah cerita. baca novel orang rasa macam senang je ayat yang dia guna untuk mengarang. tapi bila time aku dapat menaip terus jadi blank so end up aku berhenti sekerat jalan macam cerita penyesalan tu. ops. jeng jeng terbongkar rahsia kenapa aku berhenti menulis sebenarnya. tapi pasal dia kahwin dah tu pun bende betul ok. terus jadi mcm takde mood nak sambung menulis.

so, sekarang ni aku pun tak tahu apa pekdahnya aku menaip dalam blog ni. mungkin saja nak mengisi masa luang atau aku yang tetiba rasa nak menaip. dan mungkin juga aku baru je habiskan satu lagi tajuk cerpen dalam buku tu sampai aku penat dah nak membaca. bukanlah penat sampai taknak membaca lansung. tapi penat nak teruskan tajuk seterusnya. lol baru aku tahu rasanya baca fiksyen tanpa henti ni. patutlah kenkadang aku cuba cari genre baru dalam pembacaan aku. contohnya; bukan fiksyen. more to motivasi. sorilah sis ni sejak sejak baca terfaktab ni dah mula suka baca buku buku motivasi ni, tak sangka pulak cara penulisan dorang kena dengan aku selama ni. cerita fiksyen yang aku pilih untuk koleksi aku pun bukan calang calang gaya penulisan. aku lebih suka baca novel yang tak terlampau skema nak yang simple simple je.

heh. kata orang buku buku macam ni merosakkan bahasa je, tapi tak pun bagi aku. aku start baca buku buku genre gini masa form 3. taknaklah riak tapi pmr dgn spm aku rilek je markah BM cemerlang. bukan salah buku sebenarnya, salah diri sendiri yang jenis terbawak bawak dgn apa yang kita baca. kalau ko belajar leklok kat sekolah confirm ok punya lah markah korang dalam Bahasa Malaysia tu. ok lah tu je nak membebel. kang melalut pulak. adios!




tak mental, tapi-

May 05, 2017



Assalamualaikum w.b.t

sebelum mula apa apa aku rasa intro kat post aku ni dah jadi macam wajib. ingtkan nak mulakan story dengan cara lain tapi jadi macam tak sedap lah pulak sbb dah biasa. ha ko nampak sebab tu lah kenkadang apa yang aku dah fikri nak taip jadi lain bila dah start menaip sbb kenkadang random idea come without notice. okay enough intro. haha-

so sebenarnya tadi aku baca novel hahaha. Pakar by Nadia Khan you guys should buy this book la wey seriously. tapi agak mainstream gak ahhh buku dia yang ni. so kalau korang cam nak jinakkan diri dulu dengan cara penulisan dia aku sarankan korang pi baca kelabu dulu sebab buku tu agak light untuk korang hadam.

baca sinopsis kat belakang buku, menarik! sebab simple. ada dua watak pakar dalam novel tu. pakar jodoh dengan pakai psikologi. peh memang pandai gila penulis ni susun cerita dalam buku dia. memula dia bagi story yg agak light dan fun but still aku tak puas hati sbb mcm tergantung. ttiba masuk cerita kedua amekawww dia bagi kaw kaw punya untuk kau hadam.

meraung gak ler aku baca dua tiga kali bergolek atas katil sbb nak hadam bebetul cite kedua ni. pasal psikologi kot. tajuk berat sebab melibatkan mental manusia. sentuh pasal psikologi ni aku cam nak tabik plus kagum gilerr ah dekat manusia manusia yang ada kelulusan setinggi PhD untuk subjek gila babi hardcore dia. ko ingat senang nak study pasal manusia bila diri sendiri ko takleh nak handle. hm paling tabik gila kat doktor psikik or maybe just a counselor. peh tu lagi hardcore punya keje. aku rasa yang hati kering je weh boleh buat job ni.

kalau setakat ko kaunseling kat skolah handle dak skolah maybe challenging dia dengan perangai budak budak yang kau rasa remeh lah kan. tapi dibuatnya klien or pesakit kau ni umur umur kau je atau mungkin lagi tua, cemana? mmg gila ah kalau aku dibuatnya, sebab tu kot aku punya study ni pun ala kadar smpi tak layak nak amik kos ni kat universiti. serius beb kalau aku pandai mmg tulah cita cita aku nak jadi kaunselor atau lagi mainstream psikik.

oh tu jelah nak sembang sbb aku rasa cam nak letop pale otak kalau hadam sensorg buku ni. saje nak luah macam lah ada orang baca. hehe ok adios!



membebel

May 05, 2017



Assalamualaikum w.b.t

so hai ya nabiha kembali nak membebel lagi harini cam biasa. dan cam biasa gak aku ni lepas dah baca satu buku tu ada lah idea dia nak menulis. benci gila buku buku genre macam ni ayat dorg yang sahaja gila tu buat aku jadi nak tiru cara dorang menulis. cara okay bukan idea dorg. so buku apa yang aku baca biarlah rahsia.

nak dijadikan cite aku ni kalau dah baca something yang 'berilmu' ni jadi rasa mcm nak kongsi. dia jadi macam ada topik ko nak nyembang. tapi aku ni siapajelah yang ada nak dengor aku nyembang bende yang entah, remeh (?) so blog ni jelah tempat aku mengadu.

sebenarnya kan masa aku baca buku 'tu' buku dimana dia terbitkan guna info info dari blog dia juga. means dia ni blogger yang dikenali ramai la. aku jadi macam... hm teringin gak nak rasa jadi blogger dikenali ni lol walaupun amende yang aku nyembang dalam ni macam tak penting. tapi yelah zaman sekarang mana ada lagi dah orang asyik bukak blog orang lain nak amik tahu perkembangan seseorang tu kalau twitter, fb, whatsapp dan macam macam lagi lah socmed yang boleh korang berhubung sendiri. dulu kan aku anggap blog ni tempat kau update hari hari apa yang jadi. kira macam journal harian la. tapi aku pun update bukannya harian sbb hari hari aku macam takde cerita yang boleh dikongsi.

bila aku blog aku en pastu nampak ada request komen masuk en ko tau tak dia macam happy gila ada orang respon post kau dengan komen yang some membina some macam nak kongsi cerita macam-macam lah, tapi serious aku macam happy gila dapat komen dari sesiapa jelah lol, sebab rasa diri ini masih ada lagi yang nak berkawan melalui blog. aku tak harapkan apa pun cuma tulah rasa cam best bila ko sembang sensorg kat blog rupanya ada yang membaca dan respon laik sebenarnya aku ni takdelah syok sendiri. tapi ada je kan yang baca tapi malas nak komen issokay aku still happy ada jugak yang sudi melawat walaupun dia cuma baca perenggan pertama sebab dah bosan.

still ada yang tengah baca ke ayat ni? hahaha terima kasih lah ye engkorang sebab sudi baca aku punya bebelan kalini. adios.

enBaeha since 2010. Powered by Blogger.