Rindu



"kenapa kau pilih aku?" aku memandangnya menanti jawapan dengan harapan. Aku tahu ni entah ke berapa kali aku bertanyakan soalan ni pada dia setiap kali kami berjumpa. Dan setiap kali itulah jawapan dia tetap sama. Tapi harini tidak, seperti dia dah penat mendengar soalan itu daripada aku.
     "kau tak bosan ke tanya soalan tu banyak kali?" dia hanyan mengeluh perlahan. Terbebankah dia dengan kehadiran aku dekat sini?
      "kau dah bosan dengan aku ke?" soalan dibalas soalan. Aku tahu dia benci kalau aku buat soalan psiko dekat dia ni. Dan dan tu jugaklah dia bagi jelingan maut dekat aku.
       "hehe rilekla main-main je kot" aku tersengih sendiri. Haihlah mat kenapa ek aku boleh suka dekat ko ni, dah lah tak banyak cakap. Asyik-asyik aku je yang mulakan perbualan. Ha! kan sekarang memasing dah membisu tak tahu nak sembang apa.
        "kau datang jumpa aku ni... kau tak busy ke" dia memecahkan kesunyian. Pelik! jarang jarang mat ni amik tahu hal kesibukan aku. Hish... sah dia dah bosan dengan aku ni.
        "macam biasa la, kerja aku ni apalah sangat nak kata busy biasa je" dia hanya mengangguk dan kembali membisu. Entahlah riak muka dia sekarang aku nak kata macam bosan, rilek je, nak kata macam ada bende nak cakap.... macam ada tapi macam takde. ish! susah kalau bercinta dengan patung ni!
       "kenapa kau tiba-tiba tanya? kau dah..." belum sempat aku nak sambung ayat dia dah potong.
       "takde istilah aku dah bosan dengan kau okay, kalau aku bosan dah lama dah aku blah" perit. itu je yang aku mampu rasa sekarang. Malas nak bahaskan lagi isu bosan ni aku diamkan diri aje. Kang aku menjawab tak memasal dia blah terus tinggalkan aku betul-betul.
       "takde cite ke pasal apa-apa? selalu kau rancak je nak sembang pasal apa yang jadi dekat kau" bahu aku dilanggar menggunakan bahunya. eleh nak pujuk lah tu! ingat aku heraaaan.
        "takde! harini takde mood nak bercakap" aku membatu tanda protes kena marah tiba-tiba.
        "dah takde mood buatpe datang sini!" balas dia selamba, keras. tersentak jugaklah aku. kuang asam mamat ni! aku tengah merajuk ni kot! pujukla!
         "nak aku blah ke?" kata aku mengugut sambil bersedia nak bangun. "eh! eh!" cepat-cepat tangan aku ditarik untuk duduk kembali. Ha tau takut! aku menjelingnya tajam.
         "eleh kau ni! emo pulak sekarang. peyod ke?" keningnya diangkat-angkat sengaja nak cari gaduh dengan aku tengahari buta ni. "ni peyod kau!" sebijik penumbuk aku tayang depan muka dia. Cepat-cepat dirinya mengundur kebelakang takut terkena dek tumbukan padu aku ni.
         "eh kau datang ni semata nak gaduh dengan aku ke apa?" dia tergelak kecil melihat perangai aku yang entah aku sendiri pun tak tahu apahal rasa emo semacam je harini.
         "aku rindu kau lah ngok! sebab tu aku datang, kau pulak boleh buat macam takde mood je nak layan aku, siap pulak tu nak cari gaduh, emo la! benci betul aku, kalau tau tadi baik tayah datang" bebel aku panjang. dan disambut gelak tawa panjangnya. Aku hanya memandang diri dia pelik. Dia ingat aku melawak ke apa doh?! sepantas kilat lengannya aku cubit, geram!
         "Aduh! ish kau ni ada je kan tangan tu nak merayap, sakit tau tak!" lengannya digosok laju tanda pedih.
         "padan muka!"
          "yelah yelah sorilah, aku bukan tak happy kau nak jumpa aku, happy gila kot! lama dah kita tak jumpa kan?" luahnya sambil mendekatkan kembali jarak kami. aku hanya merenung ke arah pokok yang macam nak tumbang ditiup angin. Pokok dah tua kot, seram pulak aku tengok pokok tu senget semacam, anging takdelah kencang mana.
           "woi! aku cakap dengan kau ni!" lengan aku disiku.
           "memanglah, aku pun ada hal jugak, nak tunggu kau jumpa aku? memang tak lerrrrrr" sengaja aku panjang kan ler kat belakang tu bior dia terasa sikit.
           "paleotak ko lah aku tak pernah datang jumpa ko! setiap kali aku datang je ko dah tido! macam mana nak jumpa?" giliran aku pulak untuk merasa bersalah. terus aku berpusing menghadap dia yang muka dah masam mencuka. barangkali terasa dengan perlian aku tadi. eh tapi..
            "dah kau pun datang time aku tido apesal!?"
            "time tu je aku free nak buat macam mana? lain lah ko...." senyuman senget terukir dibibir dia, tapi tak pandang aku pun! at least nak senyum tu cuba tayang kat aku. senyum kat pokok tu apa ko dapat? kalau senyum kat aku dapatla gak balasan senyuman aku yang comel ni.
            "kau tak rasa kelakar ke setiap kali kita jumpa je mesti bende takde pekdah yang kita sembang?"
            "tak de yang tk pekdah aih kalau ko jawab soalan aku memula tadi" dia mengeluh lagi. ha ha bosan lah tu! padan muka dapat awek yang dahaga kasih sayang cam aku.
            "kau ni kan, dah berjuta kali dah aku jawab soalan tu, takkan tak bosan kut dengar jawapan yang sama" kalini dia fully menghadap aku, ha kan senang, dapat lah aku tatap muka dia yang handsome ni.
            "kalau kau yang jawab mana pernah bosan" berkelip kelip mata aku sambil melebarkan senyuman memandang dia. terus dia berpusing menghadap depan kembali. malu lah tu aku comel sangat.
            "gi ah balik, kang makin ramai orang datang ingat ko gila cakap sorang-sorang" dia menghalau.
            "aku tengah cakap dengan kau kan?"
            "Fisya....." nama aku disebut. Rindunya aku mendengar panggilan itu. Ya, hanya dia je yang panggil aku Fisya, orang lain semua panggil aku Fi takpun Sya. Cuma dia yang panggil aku dengan panggilan tu.

             Jag air yang sudah kosong isinya aku angkat sambil berdiri untuk beredar. Dirinya yang tadi berada disebelah sudah hilang. Nanti aku datang lagi ye jenguk kau. Tunggu aku tau. Perlahan langkah aku atur meninggalkan tanah perkuburan itu dengan perasaan yang tenang. Lega dapat berbual walaupun kejap, walaupun tak penting. Semoga kau tenang disana Faiz. Aku akan sentiasa rindukan kau.

Tanpa Sofia Syahirah sedar, Faiz juga sedang memerhatikan dirinya dari jauh. Bukan niat aku nak mengikat kau Fisya, tapi kau sendiri yang ikat diri kau sendiri. Semoga kau jumpa pengganti aku dalam hidup kau suatu hari nanti.

      "Assalamualaikum Fisya" siapa pulak yang sesedap panggil aku pakai nama Fisya ni. Pantas dirinya menoleh
       "Waalaikumsalam" salam dah bagi wajib jawab nak taknak pun.
     
       "Eh Faris" kembar Faiz.


enBaeha since 2010. Powered by Blogger.